Soalan Lazim

BAIK PULIH

1. Bolehkah baik pulih laptop dan desktop?

Ya. Boleh! Kami baiki semua jenama dan model laptop dan dekstop

2. Adakah kamu baiki laptop sahaja?

Tidak sama sekali, kami baiki semua jenis komputer, dari desktop ke laptop dan termasuk juga komputer Apple. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 012-7639964

3. Bolehkah kamu baiki Apple Mac saya?

Boleh. Kami baiki semua jenis komputer jenama Apple, termasuk MacBook Pro, MacBook dan IMac.

4. Bolehkah kamu ganti skrin laptop yang rosak?

Kami boleh ganti semua jenis skrin laptop

5. Bolehkah ganti papan kekunci yang rosak?

Kebanyakan masa kami boleh ganti papan kekunci yang rosak kepada yang baru untuk semua model laptop.

6. Windows tidak boot atau “crash” semasa bermula atau terpadam dengan tiba-tiba. Apa saya perlu buat?

Pertama sekali adalah buat sandaran(back up) data anda dan kemudian pasang semula(reinstall) sistem operasi komputer anda.

7. Bolehkah kamu tingkatkan memori komputer saya?

Boleh. Beritahu kami jenis RAM atau model penuh PC/laptop anda.

8. Berapa lama masa diambil untuk proses baik pulih?

Bergantung pada kerosakan dan kebolehsediaan alat ganti.

9. Bolehkah kamu buat sandaran data sebelum baik pulih?

Boleh. Atas permintaan

HARGA

1. Bolehkah kamu berikan sebut harga untuk baik pulih laptop?

Boleh. Kami sentiasa beri sebut harga dan jika anda setuju kami akan terus baik pulih laptop anda. Anda boleh hubungi kami untuk sebut harga di talian 012-7639964.

2. Adakah bayaran dikenakan jika komputer anda tidak dapat dibaiki?

Jika kerosakan komputer anda tidak dapat dibaiki, tiada bayaran untuk pembaikan.

3. Adakah bayaran dikenakan jika komputer saya tidak berbaloi untuk baik pulih.

Kami tidak akan caj melainkan anda mahu kami baiki laptop anda.

4. Mahukah anda membeli laptop saya jika tidak boleh dibaiki?

Kami akan beli kebanyakan laptop yang tidak boleh dibaiki dengan tunai.

5. Berapa tempoh bayaran dan pengambilan laptop/pc selepas pembaikan selesai dilakukan?

Apabila pembaikan selesai dibuat, anda boleh membuat pembayaran dan ambil laptop/pc anda, atau kami boleh buat penghantaran kepada anda. Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh masa TIGA bulan selepas pembaikan selesai dilakukan. Laptop anda tidak akan dipulangkan sehingga pembayaran penuh dibuat.

Jika anda tidak membuat pembayaran dalam tempoh TIGA bulan selepas pembaikan selesai dibuat, kami mempunyai hak untuk menjual mesin anda, atau guna semula komponen mesin itu untuk menampung kos kami.

Design a site like this with WordPress.com
Get started